• main header 2014

    Piala Malaysia 2013

     WATSON PIALA MALAYSIA
    Separuh Akhir
    Pertama
    Pahang
    3
    1
    Sarawak
    ATM
    1
    2
    Kelantan
    Kedua
    Pahang
    1
    1
    Sarawak
    Kelantan
    2
    2
    ATM
    Akhir
    Kelantan
    0
    1
    Pahang

    Sepintas lalu

     LOGOLIGA
    Keputusan
    Kelantan
    2
    0
    Lions
    Perak
    0
    1
    Kelantan
    Kelantan
    2
    0
    Pahang
    T'ganu
    0
    4
    Kelantan
    Kelantan
    1
    1
    Selangor
    NS
    0
    Kelantan
    Kelantan
    3
    0
    Felda
    JDT
    2
    0
    Kelantan
    Kelantan
    3
    1
    T-Team
    Untuk keputusan
    penuh musim 2013
    klik di ruangan 
    P'lawanan & Keputusan

    Perlawanan Persahabatan : Kedah, Kelantan Terikat Tanpa Jaringan

    1

    26 Dis - Kedah dan Kelantan terikat tanpa jaringan hingga ke wisel penamat ketika bertemu dalam satu perlawnan persahabatan yang berlangsung malam tadi di Stadium Darul Aman Alor Setar.

    Kedah memulakan serangan awal dengan menguji gawang Kelantan dengan satu hantaran jauh selepas sepak mula, yang berjaya disambar oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat. 

    Bermain dengan rentak yang agak perlahan, Kelantan turun dengan menguji dua pemain importnya, Keita Mandjou dan Diitri Petratos yang berada dalam kesebelasan utama. Tidak banyak percubaan-percubaan merbahaya terhasil dalam separuh masa pertama perlawanan dan kebanyakan percubaan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan adalah dari gerak serangan balas. 

    Dua sepakan percuma di luar kotak penalti Kedah gagal memberi kelebihan jaringan kepada Kelantan. Sepakan pertama yang diambil oleh Indra Putra tersasar dari pintu gol manakala sepakan kedua oleh Badri Radzi, walaupun berjaya melepasi benteng pertahan, dapat diselamatkan dengan baik oleh penjaga gol Kedah.

    Kedah pula turun dengan lebih yakin berbanding dengan perlawanan di Kota Bharu, dengan kembalinya dua pemain kebangsaan mereka, Baddrol Bakhtiar dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan pemain import mereka, Nelson San Martin dan Chayene Santos. Santos turun beraksi untuk 45 minit pertama perlawanan.

    Baddrol banyak membantu Kedah merancang serangan ke kubu Kelantan melalui beberapa hantaran yang cantik ke jentera serangan.

    Keseluruhan perlawanan adalah seimbang. Pertukaran-pertukaran pemain yang dibuat oleh kedua-dua pasukan di separuh masa kedua, gagal mengubah kedudukan jaringan.

    Kedah akan menanti ketibaan pasukan Selangor untuk siri perlawanan persahabatan mereka seterusnya pada 30 Disember di Alor Setar. Pada tarikh yang sama, Kelantan dijadual menamatkan kempen pra musim, bertemu Sime Darby FC di Pulau Pinang.

    Kesebelasan utama Kelantan:

    Khairul Fahmi (PG), Nik Shahrul, Nanthakumar, Indra Putra, Daudsu, Badri Radzi (KP), Rizal, Keita Mandjou, Dimitri Petratos, Haris Safwan, Shakir Shaari

     

    theredwarriorsfc

    DAFTAR MASUK



    Cipta Akaun

    ONLINE

    Kami ada 12 tetamu online
    • trw banner edisi 2

    • alt

    • RED WARRIORS 190px x 600px-01

    FACEBOOK UPDATES

    Like kami di Facebook