• main header 2014

    Piala Malaysia 2013

     WATSON PIALA MALAYSIA
    Separuh Akhir
    Pertama
    Pahang
    3
    1
    Sarawak
    ATM
    1
    2
    Kelantan
    Kedua
    Pahang
    1
    1
    Sarawak
    Kelantan
    2
    2
    ATM
    Akhir
    Kelantan
    0
    1
    Pahang

    Sepintas lalu

     LOGOLIGA
    Keputusan
    Kelantan
    2
    0
    Lions
    Perak
    0
    1
    Kelantan
    Kelantan
    2
    0
    Pahang
    T'ganu
    0
    4
    Kelantan
    Kelantan
    1
    1
    Selangor
    NS
    0
    Kelantan
    Kelantan
    3
    0
    Felda
    JDT
    2
    0
    Kelantan
    Kelantan
    3
    1
    T-Team
    Untuk keputusan
    penuh musim 2013
    klik di ruangan 
    P'lawanan & Keputusan

    Piala Gabenur Aceh 2012 : Kelantan Pulang Awal

    alt
    17 Dis - Kelantan terpaksa pulang awal dalam saingan Piala Gabenur Acheh selepas tewas 2-4 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Semen Padang FC dari Indonesia. Kekalahan 2-4 itu memaksa Kelantan menentukan nasib menerusi undian selepas terikat seri dari segi mata dan jaringan dengan pasukan Brunei DPMM FC. Hasil dari undian tersebut, Brunei DPMM FC layak ke separuh akhir mengiringi Semen Padang FC.

    Dalam perlawanan itu, pemain import Semen Padang FC, Edward Wilson Junior meletakkan pasukannya di depan menerusi jaringan pada minit ke-25 sebelum ketua pasukan Kelantan, Piya menyamakan kedudukan seminit berselang. Pada minit ke-33, Semen Padang FC dihadiahkan sepakan penalti selepas penyerang, Titus Bonai dijatuhkan oleh pertahanan Kelantan. Edward Wilson yang mengambil sepakan itu mudah menewaskan Shahrizan Ismail untuk kembali meletakkan Semen Padang di depan.

    Pada separuh masa kedua, Edward Wilson Junior melengkapkan hatrik beliau pada minit ke-62, meletakkan Semen Padang selesa mendahului 3-1 sebelum M.Rizal menambah duka Kelantan apabila menjaringkan gol ke empat Semen Padang dua minit berselang. Pemain import Kelantan, Dimitri Petratos merapatkan kedudukan menjadi 4-2 apabila menyumbat gol pada minit ke-64 menewaskan penjaga gol Semen Padang. Keputusan 4-2 itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

    Keputusan itu memaksa penganjur melakukan undian untuk memilih pasukan mana bakal mengiringi Semen Padang ke separuh akhir selepas Kelantan dan Brunei DPMM terikat seri dari segi mata dan juga jaringan. Hasil undian yang dilakukan, Kelantan terpaksa akur apabila Brunei DPMM memenangi undian tersebut. Skuad Kelantan dijangka  akan kembali ke Kota Bharu pada 19 Disember ini.

    KESEBELASAN UTAMA KELANTAN:

    Shahrizan Ismail, Zamri Ramli, Nik Shahrul Azim, Obinna Nwaneri, Zairul Fitree Ishak, Zairo Anuar Zailani, K.Nanthakumar, Badri Radzi(K), Khairul Izuan Rosli, Haris Safwan Kamal dan Dimitri Petratos.

    theredwarriorsfc

    DAFTAR MASUK



    Cipta Akaun

    ONLINE

    Kami ada 14 tetamu online
    • trw banner edisi 2

    • alt

    • RED WARRIORS 190px x 600px-01

    FACEBOOK UPDATES

    Like kami di Facebook